Thursday, 27 October 2011
UnTuK Mu WaNiTA....
khas untuk mu buat insan yang benama WANITA....ku titipkan kate2 ini untuk ingatan pade diriku dan juga pade kaum HAWA....
Sama-sama kita renung & fikirkan, adakah kita para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?.... Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tetapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?....sekadar renungan untuk insan yang bergelar WANITA....tepuk DADA...tanye IMAN kite....^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment