Pages

Friday, 28 October 2011

sampai masanya melabuhkan hati....


rugi sangat kalau x bace.....jari aku ni rancak jew menari sbb terharu n teruje ngan kisah pasangan nie.....

balqis....panggil saye dengan name itu. Saya gadis yang dah berusia 29 tahun, usia di mana sebahagian masyarakat menganggap sudah “ terlajak ” kerana sehingga kini saya masih bujang. Namun, saya tidak pernah mempedulikan anggapan mereka itu, kerana saya adalah perempuan yang mempunyai tujuan, cita-cita, angan-angan dan harapan. Sampai ketika ini masih ingin ku gapai. Satu keyakinan dalam hidup saya, jodoh itu unik, bila-bila sahaja boleh datang, tidak memandang ruang dan waktu dan yang pasti semua itu sudah menjadi rahsia Allah. 
Saya juga sangat sibuk, kerana ketika ini saya sedang menyelesaikan tesis saya. Tiga bulan saya mensasarkan untuk menamatkan pengajian. Saya rela berulang alik sendirian mencari bahan bertulis, pergi ke kedai buku, perpustakaan, berkunjung ke rumah pensyarah untuk berbincang. Apa sahaja saya lakukan agar sasaran untuk menamatkan kuliah tercapai. 
Ibu bapa saya di kampung seperti tidak sabar menanti kepulangan saya. Mereka mahu saya menemui mereka. Mujurlah jarak tempat saya belajar dengan rumah dekat, mudah untuk saya pulang.
Pernah 2 minggu yang lalu ibu menelefon saya  “ nak, apa khabar dirimu di sane ??? bila kamu akan menamatkan pengajianmu di sana???? Usia mu kini dah 29 tahun, apakah kamu tidak berniat untuk berkahwin ???”Lidah ku kelu, x mampu berkate ape-ape, oh ya...kawan mu si nina dan asih baru jew kawin seminggu yang lalu. Nampaknya kawan-kawan mu yang dulu sering datang bermain-main kat umah kite sudah berkahwin semuanya. Ramai yang dah ada anak, hanya kamu seorang yang belum kawin nak. Jiran-jiran pun kerap bertanya pada ibu tentang kamu. Tetapi ibu menyerahkan segalanya kepada kamu nak. 
Ya Allah, saya tahu apa yang dirasakan oleh ibu pada masa nie, saya juga mendambakan seorang lelaki yang akan menjadi pemimpin bagi rumah tangga. Saya juga ingin mempunyai anak-anak yang berbakti kepada saya kelak. Saya ingin mempunyai keluarga sakinah, mawaddah warhmah. Saya berfikir positif padaMU ya Allah. Saya yakin Allah akan memberikan jodoh yang terbaik untuk saya, pada waktu yang tepat. 

Pagi ini saya bangkit, sudah cukup waktu untuk merenung. Ini masa untuk saya mengejar impian. Sesuai dengan keinginan, sehari ini saya mahu ke perpustakaan di kampus. Saya tidak mahu mensia-siakan waktu yang ada, saya terus mencari buku-buku yang diperlukan untuk menyiapkan tesisku. Setelah mendapat beberapa buku, saya duduk membaca di meja hujung sebelah kanan. Sengaja saya pilih tempat itu kerana bagi saya tempat itu sangat selesa. 
Tidak lama saya duduk di situ, ada seorang lelaki yang usianya hampir sebaya dengan saya datang. “ boleh saya duduk di bangku sebelah awak ???”
Saya tersentak, rasanya baru kali ini saya dihampiri insan bernama lelaki. Yang membuatkan saya hairan, mengapa dia mahu duduk bersebelahan dengan saya??? Bukankah banyak lagi bangku lain yang kosong ???? ahhhhhh....biarlah. saya meneruskan pembacaan. Lelaki di sebelah juga sedang khusyuk membaca buku. Dia menyapa saya sekali itu sahaja, tidak ada lagi bicara di antara kami berdua. 
Azan zuhur berkumandang. Saya menghentikan aktiviti pembacaan, lantas bergegas menuju ke masjid. Begitulah ibu bapa saya mengajar. “ sebaik2nya apabila mendengar azan, segala aktiviti dihentikan dan penuhi kewajipanmu terlebih dahulu.” 
Sesudah solat dan ketika mahu memakai kasut, seorang lelaki melintasi saya. Ya, lelaki itu, lelaki yang berada di samping saya tadi. Ternyata dia juga baru sahaja menunaikan kewajipannya. Tiba2 perut saya berbunyi, tanda lapar.
saya menuju ke kantin dan memutuskan untuk makan rojak yang dibanjiri kuah kacang yang sangat sedappppp. Maklumlah selama di kuala lumpur, jarang sekali saya makan masakan desa ini. selesai makan, saya kembali ke perpustakaan. Ada sesuatu yang aneh, mengapa tiba-tiba saya mencari-cari lelaki tadi???? Lelaki yang duduk di sampingku tadi dan menjadi jemaah solat zuhur tadi. 
Petang itu, saya meminjam dua buah buku untuk dibawa pulang. Saya merasakan seperti sudah hilang tumpuan ketika bertemu lelaki tadi. “ aduhai Allah, siapakah dia???”

Selepas subuh, ibu menelefon saya, “ nak, sudah solat???” bagaimana dengan kuliah???? Kalau boleh, ibu minta kamu selesaikan segere kuliahmu itu, sebab ibu mahu kenalkan kamu dengan anak teman sekolah ibu dahulu. Ya Allah, aku kini benar-benar tahu, bahawa ibuku sangat cemas terhadapku. Dia terlalu ingin melihat saya menamatkan zaman bujangku. 
Saya mengalah kali ini, saya perlu menurunkan ego. Saya cuba menuruti kemahuan ibu bapa. Tetapi saya perlu ke kampus lagi, kemungkinan ada maklumat berkenaan ujian tesis saya.
Tiba-tiba, kawan saya menelefon, “balqis, bagaimana dengan tesis awak??? Awak sudah bersedia untuk ujian tesis awak??? Maklumat yang saya terima, dua minggu lagi akan dibuka pendaftaran.”
Rasa terharu bercampur senang apabila mendengar khabar daripada teman saya itu. Kebetulan tesis saya sudah hampir siap. Saya hanya perlu menyelesaikan beberapa pendaftaran yang diminta sebagai syarat menduduki ujian tesis. Bahan-bahan juga cukup membantu dan saya hanya perlu bersedia.
Allah selalu mendengar doa-doa hambanya yang memohon dengan penuh tulus. Saya kemaskan semuanya, saya mahu jadi yang terbaik. Belajar.....belajar....sampai tiba ujian tesis diselangi dengan doa yang ikhlas. Siang ini saya ada temu janji dengan penyelia di samping mendapatkan maklumat daripadanya berkenaan ujian tesis saya. Setelah berbincang, penyelia medorong saya untuk ujian tesi pusingan pertama. Saya disuruh mendaftar dan segera melengkapkan pendaftaran.
Subhanallah. Tidak perlu menunggu esok. Hari ini juga boleh diselesaikan. Saya terus mendaftar menduduki ujian tesis. “ informasi bila jadual ujian tesisnya dapatkan esok, ya” ucap salah seorang kakitangan yangg menguruskan pendaftaran ujian tesis saya.
Hari ini adalah hari ujian tesis saya. Tepat jam sepuluh pagi, saya perlu berada di kerusi panas itu. Ini adalah penentuan masa depan, rasa berdebar-debar itu kadang-kadang mendatangi diri ini, tetapi saya hanya mampu berserah diri, sebab saya sudah belajar dan tidak lupa berdoa. Jadi apapun hasilnya, itu yang terbaik buat saya.




0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search